Saturday, September 5, 2009

IMAN TERAS KEHIDUPAN


Perlaksanaan dan penghayatan perintah Allah SWT terhadap seseorang amat berkait rapat dengan keimanannya kepada Allah SWT. Ia juga menjadi sumber kekuatan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Manusia akan berakhlak mulia apabila imannya menunjang dengan suburnya di dalam hati. Hati yang merupakan sasaran keimanan menjadi penentu segala-galanya. Semua yang lahir daripada tindakan seseorang manusia itu seperti perkataan, perbuatan dan hati berkait rapat dengan sejauh mana kemantapan iman di dalam hati. Keimanan yang kukuh akan menjana keinginan untuk bertindak dengan tingkah laku yang baik.

DEFINISI IMAN

Iman berasal daripada perkataan Arab. Dalam bahasa Malaysia ia bermaksud aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram. (Ibn al-Munzir, Lisanu al Arab, Dar al Sadr, Bai)

Pengertian iman dari segi istilah ilmu tauhid atau iman aqidah ialah menerima dan meyakini segala dasar keimanan. Ini seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh imam Muslim tentang persoalan apakah iman itu?. Maksudnya : “Jibril bertanya apakah iman itu? Rasulullah menerankan bahawa iman ialah beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya hari akhirat dan beriman kepada penentuan baik dan buruk itu daripada Allah”.

Ada juga para ulama’ ilmu Tauhid memberikan pengertian iman dengan makna “membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan dan beramal dengan segala ajaran yang terkandung dalam agama Islam”. Untuk memenuhi pengertian iman ni mestilah ada ketiga-tiga perkara yang disebutkan dalam pengertian di atas iaitu mengaku dalam hati bahawa Islam itu benar, dan menyatakan dengan idah bahawa Islam itu agaa yan benar serta mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam agama Islam. Kalau ketiga-tiga perkara ini tidak ada, maka tidak sempurnalah iman seseorang. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan”.

Pengertian ini juga yang dipilih oleh Dr. Abdul Halim Mahmud yang memberikan penjelasan bahawa iman itu bererti “ikrar atau pengakuan percaya kepada Allah, kitab-kitab dan rasul-Nya dan mentasdikkan ikrar itu dengan perbuatan”. Dengan itu iman dapat diertikan dengan bertasdk di hati, ikrar dengan lidah, dan beramal dengan anggota lahir. Sabda Raslullah SAW yang bermaksud : “Amat menarik hati keadaan orang yang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman. Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikan kebaikan kepadanya. Kalau ditimpa bahaya, dia sabar ( beramal teguh ), dan itu membaikkan pula keadaannya”. (Riwayat Muslim).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...