Saturday, September 5, 2009

BILA LAGI HENDAK BERUBAH


Allah SWT telah merakamkan dalam Al-Quran, betama manusia perlu berubah ke arah perubahan. Dunia telah mengalami perubahan dalam menyaksikan pelbagai tamadun dicipta dan dimusnahkan oleh manusia. Tidak dapat dinafikan lagi proses tersebut terjadi apabila manusia menggunakan akal yang telah dianugerahkan Allah SWT. Natijah yang baik sekiranya akal tersebut digunakan sebaiknya. Sebaliknya akan berlaku jika akal dipandu dengan nafsu dan akal jahat merosak perjalanan hidup manusia. Akal merukan suatu anugerah hebat yang tidak ada pada makhluk lain. Masa yang diperuntukkan dari Allah SWT terlalu sementara untuk akal bermain dengan perkara yang merugikan diri dan masyarakat. Sudah tiba masanya akal bekerja untuk menjana segala buah fikiran ke arah perubahan buat diri dan masyarakat supaya lebih Berjaya dan akhirat adalah tujuan yang pasti.

Menyingkap kesingkatan masa yang bakal ditempuhi menyebabkan manusia perlu bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang dihadapi. Sebaliknya yang berlaku, kita meliaht gejala-gejala buruk terjadi dalam masyarakat, mendebarkan dan menakutkan. Apa yang berlaku sekiranya 10 tahun atau 20 tahun akan datang sekiranya gejala-gejala tersebut tidak dibanteras secepat mungkin. Kita tidak mahu Perdana Menteri yang bakal memimpin kita 20 tahun akan datang adalah penagih dadah atau pengamal seks bebas suatu ketika dahulu. Pada hari ini gejala yang merosakkan anak-anak muda semakin membimbangkan. Bukan setakan menakutkan malah masyarakat akan berhadapan dengan Malaikatulmaut tanpa sempadan.

Kalau hari ini pemuda pemdi bebas tanpa sekatan menghuru-harakan kerajaan, agensi keluarga, masyarakat dengan kebejatan social, muncul pelbagai isme-isme tiruan bagai cendawan selepas hujan. Antara yang semakin mendapat perhatian remaja sekarang ialah gothic, seks bebas, pondan dan seumpamanya yang tidak berkesudahan, malahan semakin teruk. Siapakah yang perlu dipersalahkan? Institusi keluarga, masyarakat atau kerajaan? Sepatutnya tunding-menunding tidak berlaku bahkan pihak perlu berganding bahu menyelesaikan masalah yang timbul dan sama-sama duduk semeja bagi mengurangkan gejala tersebut atau menidakkan terus dari terus berlaku.

Manusia adalah makhluk ciptaan Alah yang paling mulia, diberi akal dan nafsu bagi mengemudi diri dan alam kea rah ibadat kepada Allah. Allah mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul bagi membawa manusia kea rah jalan yang diredhai. Bagaimanakah manusia mengelola dirinya kea rah peribadatan kepada Allah SWT bersumberkan panduan yang diiktiraf Allah Taala? Al-Quran dan As-Sunnah merupakan petunjuk yan paling mulia yang perl diikuti oleh manusia. Allah yang lebih layak untuk disembah dan kitab-Nya lebih utama diikuti kerana Allah yang menjadikan manusia. Manusia perlu menginsafi betapa dirinya pasti akan kembali kepada Allah jua, menbalasan bakal diadakan pada hari yang dipastikan, iaitu hati akhirat, penutup bagi segala hari di dunia dan permulaan bag hari menhisab dosa dan pahala manusia. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Setakat mana bekalan yang telah dikutip oleh manusia dalam perjalanan yang amat panjang? Selagi pintu langit masih terbuka, selagi siang dan malam silih berganti selagi itulah Allah menerima taubat manusia, kerana Allah Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih.

Tubat manusia diterima dalam waku 24 jam selagi dosa tidak diulangi dan bertekad untuk meninggalkannya dengan penuh keinsafan. Masa akhir manusia tidak tahu sampai bila dan tidak salah sekiranya manusia segera bertaubat.

Janakan iman dan ilmu yang ada untuk menguasai nafsu dan diri dari terus sesat di bumi yang nyata ini. Pastikan nafsu di tahap yang terbawah dari iman kerana apabila nafsu berada di atas, kemungkaran akan berlaku tanpa noktah. Tuntut ilmu dan mencarinya sebanyak mungkin sebagai pedoman hidup kerana masa muda dan lapang bukan selamanya milik kita. Tidak salah untuk berubah sebelum matahari muncul dari barat, bermakna pintu taubat telah ditutup. Yakinlah Allah Tuhan Yang Esa penguasa alam makhluk di muka bumi. Perubahan suatu perkara penting yang perlu dilakukan secepat mungkin oleh manusia yang beriman kepada Hari Kiamat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...