Monday, November 30, 2009

Indahnya Ukhwah di Jalan Allaah


Assalamualaikum..w.b.t..

Salam Ukhwah Fillah..

Alhamdulillaah... Dapat juga Nur update blog nie walaupun sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah ada penghujungnya... Itulah sebenarnya hakikat kehidupan di dunia ini.. Tidak pernah akan habis sehinggalah kita dipanggil Yang Maha Kuasa...

Kata orang hidup tidak akan berseri tanpa teman disisi...Sejauh mana kebenaran kata-kata itu??Tepuk dada tanyalah diri... Dalam perjalanan kita mencari keredhaan Allaah ini, pasti kita akan pertemu dengan orang yang tujuannya sama seperti kita sekaligus berjalan seiring dengan kita.. Itulah namanya ikatan persaudaraan atau lebih mesra dipanggil "ukhwah"..

Bagi orang yang beriman,dia akan merasa betapa manisnya sesebuah hubungan persaudaraan di atas jalan Allaah..Allaahu Akhbar...Betapa besarnya kuasa Allaah SWT..

Pada Isnin lalu,Nur telah didatangi dengan satu berita yang menyedihkan Nur.Sahabat Nur memberitahu bahawa orang yang selama ini banyak membantu Nur dan sahabat-sahabat yang lain dalam menempuh perjalanan yang penuh cabaran perlu berpindah kerana tuntutan agama...

Walau hati penuh sedih dan hiba,Nur dan sahabat yang lain perlu redha atas ketentuan-Nya..

Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian yang Allaah jadikan..Dan Nur tidak ragu akan itu..

Ada salah seorang sahabat Nur bertanya,"kenapa bila kita dah terlalu sayang dan percaya seseorang itu pasti ia akan jauh di bawa pergi???"

Lantas Nur pun berfikir...mungkin di waktu kehadirannya kita sekalipun tidak merasa bahawa ada dia disisi,tetapi bila sudah dia pergi baru kita merasa kehilangannya...mungkin juga itu salah satu cara menguatkan lagi ikatan yang sedia terjalin...bila berjauhan pasti akan sentiasa teringat dan rindu...Itulah hakikat dalam pertemuan dan perpisahan...bilamana kita akan bertemu dengan seseorang pasti suatu hari nanti kita akan berpisah juga...namun dalam pertemuan dan perpisahan itu ada isi yang sangat bermakna..di mana kita belajar erti menghargai dan kasih sayang...Apabila ukhwah yang terbina itu disalut dengan iman dan taqwa,pasti ada kemanisan didalamnya..walau ada pahit sekalipun,pasti tidak akan dapat melunturkan kemanisan yang sedia ada...

Nur bersedih di atas perpisahan itu tetapi Nur juga gembira kerana Nur dapat rasakan ikatan yang terbina itu makin kukuh dan erat...Walaupun Nur merasa gementar kerana takut program yang amat penting bakal dijalankan pada tahun hadapan tanpa kehadiran dan bantuannya tidak memberikan hasil yang memuaskan..tetapi perasaan itu lenyap tatkala dia memberi kata-kata semangat dan tidak mahu kami membatalkan program itu...Katanya,walaupun tanpa kehadirannya membantu kami,namun dia tetap mendoakan dari jauh dan memastikan program

itu berjalan dengan lancar...Subahanallaah,sampai begitu sekali kasih sayangnya pada kami...sanggup membantu walaupun dari jauh...

Di situ baru Nur rasakan betapa manisnya ukhwah di jalan Allaah ini...umpama berada di dalam lautan madu yang tidak pernah kering...dapatkah Nur bertemu dengan insan seperti ini lagi suatu hari nanti?hakikatnya Nur pasti berharap akan di ketemukan insan seperti kak Saerah..yang banyak membantu dan mengajar Nur erti sebenar kehidupan seorang Muslimah yang sebenar...Begitulah indahnya ukhwah di jalan Allaah.Allaahu Akhbar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...