Sunday, May 1, 2011

.:: Selaut Harapan ::.

         
     Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi. bererti hanya tinggal tiga jam sahaja lagi untuk aku meninggalkan kampung halamanku. Aku tidak sabar untuk melangkah ke menara gading untuk menyambung pengajianku dan mencapai  cita-cita yang selama ini aku impikan. namun, kesedihan dan kesayuan tetap sahaja bertapak kukuh dalah hatiku.
         
     Maafkan Ain, abah... Ain tak berniat untuk menyakitkan hati abah. Ain tak nak jadi anak derhaka, tetapi ada perkara yang lebih penting bagi Ain berbaning apa yang abah ingan Ain lakukan.

********************

     "Kenapa Ain degil sangat? Nak jadi anak derhaka! Cakap abah sedikit pun Ain tak nak dengar, nasihat abah pun Ain tak endah. Kenapa dengan Ain ni?"

     "Abah, Ain tak nak dan belum bersedia untuk  berkahwin. Lagipun Ain nak kejar cita-cita Ain dulu." Bibir mataku sudah tidak mampu menahan air yang turun tiba-tiba.

     "Idzham dah izinkan Ain untuk sambung pengajian Ain ke Universiti selepas berkahwin. Apa lagi yang Ain nak fikirkan? Apa yang kurang pada anak Pak Long kamu tu, semuanya elok. Berpelajaran, kerjanya bagus dan yang paling penting beragama. Apa lagi yang kurang?

     "Ain tak nak abah, Ain nak belajar dulu. Bila dah habis belajar baru Ain akan pertimbangkan permintaan abah." Rayuku sepenuh hati.

     "Sudah, abah tak nak dengar apa-apa alasan Ain. Keputusan abah muktamad. Ain mesti dengar cakap abah." Kata abah dengan nada yang tegas.


********************

     Astaghfirullahal'azim.. Aku mengelamun rupanya. Tidak sedar yang jam telah beralih arah ke pukul 7.00 pagi. Aku harus bersiap sekarang. Aku tidak mahu ibu tertunggu-tunggu akan kelewatanku.Dalam kesibukanku mengemas barang-barang yang perlu dibawa nanti,tiba-tiba aku merasakan kehadiran seseorang apabila gegendang telingaku mampu mentafsir pemilik suara lunak yang menegurku.

     "Ain tekad ke nak pergi nie?" Tanya Idzham perlahan. Nadanya lamah sekali.

     "Ya, Ain tekad bang. Ain nak kejar cita-cita Ain. Ain nak jadi doktor. Itu yang Ain impikan selama ini. Lagi pun peluang sebegini tidak akan kembali lagi untuk kali kedua." Jawabku dengan tenang.

     "Tapi...Bogor terlalu jauh Ain..Tak boleh ke Ain menyambung pengajian Ain untuk mendapatkan ijazah di sini sahaja?" Aku terdiam.
     "Ain tahukan hajat abang untuk memperisterikan Ain. Lagipun, bila kita dah kahwin nanti abang akan tetap mengizinkan Ain untuk mengejar impian Ain. Sejak dahulu lagi abang menyimpan perasaan terhadap Ain satu-satunya wanita yang sempurna di mata abang dan abang yakin Ain adalah pilihan yang terbaik." Saat itu juga, nafasku seakan terhenti. Nyawaku bagai disentap dari jasad. Pengakuan Idzham sebentar tadi seolah-olah menjerat leherku ke tali gantung.

    "Maafkan Ain bang, Ain tidak mampu untuk menerima apatah lagi mengikut kehendak abang. Hati Ain belum terbuka dan belum bersedia untuk alam perkahwinan. Lagi pun umur Ain baru 20 tahun. Banyak lagi perkara yang Ain nak buat." Suasana menjadi suram.
    "Ain tak maksudkan yang abang tak layak untuk Ain. Abang seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, jujur, dan yang paling penting abang ikhlas. Tapi Ain cuma anggap abang tak ubah seperti abang kandung Ain sendiri dan tak lebih dari itu." Aku berharap dia akan faham dengan pengakuanku. Namun itulah kali pertama aku melihat luluhnya air mata seorang lelaki.   

******************** 

     Hatiku msih terkesan dengan apa yang berlaku antara aku dan Idzham sebentar tadi. Jujur, aku tidak sanggup untuk mengecewakan hatinya tetapi aku juga punya impian yang perlu aku laksanakan. Lamunan ku terhenti pada saat terdengar ada suara yang memanjat gegendang telingaku.

     "Ain, dah siap ke belum? kita dah nak bertolak sebentar lagi." Sapa ummi dengan lembut.Aku mengangguk, entah untuk apa. 
     "Ain, kenapa ni? Ain tak apa-apa? Ain sakitkah sayang?" tanya ummi dengan cemas.

     "Tak ummi, Ain tak apa-apa. Cuma sedih sedikit je." Jawab ku dengan jujur.

     "Kenapa sayang? Ain sedih ya nak tinggalkan rumah ni? Kalau sedih Ain boleh bawa rumah ni dengan ummi sekali belajar kat Bogor tu." Gurau ummi.

     Aku tersenyum namun hambar. "Ain terkenangkan abah."

     "Ain, tak usahlah dikenangkan perkara yang telah berlalu sayang." Pujuk ummi dengan lembut dan bernada sayu.

    "Ain banyak dosa pada abah, mi.Ain tak dengar cakap abah. Ain anak derhaka. Saat-saat nafas terakhir abah pun Ain tak mampu nak berada di sisinya...Ain tak sempat nak minta ampun." Dadaku makin berombak.

    "Ain, tak baik cakap macam tu sayang..arwah abah dah lama maafkan Ain."

     "Ain kesal ummi, kenapalah disaat-saat nafas terakhir abah Ain tak ada di sisinya? Sepatutnya Ain ada bersama abah."

     "Ain, dah setahun abah tinggalkan kita. sebelum abah menghembuskan nafasnya yang terakhir,dia ada berpesan pada ummi dan dia mahu ummi sampaikan pesanannya pada Ain sekirannya Ain berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Abah pesan, Ain adalah satu-satunya anak yang dia sayang. Dia tak kisah jika Ain tak nak tunaikan permintaannya semata-mata kerana Ain ingin mengejar ilmu. Malah abah bangga punya anak seperti Ain.Abah juga sempat tinggalkan rantai ini untuk dihadiahkan kepada Ain kerana Ain berjaya menyambung pengajian Ain keperingkat yang lebih tinggi.Abah juga minta maaf sebab berkeras dengan Ain selama ni dan tak sempat memberi sendiri rantai ni." Ujar ummi kepadaku sambil mengesat matanya yang berbaki air.

     Terketar tanganku menyambut pemberian tersebut. Aku sudah tidak mampu menahan sebak di hati. Aku terus memeluk ummi dan dalam pelukan ummi aku menangis sepuas hati.

     "Anak ummi ni manja betul. Macam mana nak tinggal jauh-jauh ni, sikit-sikit nak nangis", ejek ummi kepadaku.
  
     "Ummiii....", renggekku dengan penuh manja.
     "Dah, cepat bersiap. Ummi tunggu kat luar", ujar ummi kepada ku.
      
     "Baik ummi"

     Selepas ini aku tidak perlu berasa terbeban lagi. Segalanya telah terlerai. Yang hanya perlu aku lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citaku. Selain itu, aku perlu mendoakan kesejahteraan ummi dan tidak lupa kepada arwah abah yang sangat aku sayangi.
     Kepada abang Idzham, maafkan Ain kerana telah melukakan hati abang. Ain tidak berniat untuk itu. Jika abang sanggup menunggu Ain, akan Ain hargai namaun janganlah terlalu berharap. Apa yang Ain tahu jika ada jodoh pasti akan bersama....


Fin

2 comments:

Cahaya said...

salam..bila nk buat sambungannya dik??

cnursmile said...

maaf la kak..buat masa nie lm lg ada msa t'luang utk smbung cite nie..insya'allah klu ada msa t'luang sy akn smbung...x sngka pla ada pminat utk crta nie..^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...